Followers

Monday, June 18, 2012

Ketam masak Kam Heong (Kam Heong Crab)




Resepi Asal : 
Resepi Ketam Kam Heong Cik Noor 


Bahan-bahan


ketam diramas serbuk kunyit dan garam digoreng.
* bawang merah saiz kecil 3 biji
* 2 ulas bawang putih
* 4 sudu besar udang kering rendam sikit supaya lembut
segenggam daun kari (penting untuk bau)
2 sudu besar serbuk kari di carikan dengan 2 sudu besar air
dalam 1/4 cawan kicap pekat
garam dan serbuk perasa secukupnya
3 sudu besar minyak untuk menumis
beberapa sudu air jika perlu untuk senang menumis
cili api kalau gemar pedas




Cara-cara
  1. Bahan bertanda * tumbuk dengan batu lesung.
  2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan * yang dah ditumbuk tadi
  3. Setelah naik bau, masukkan serbuk kari yang dah dicairkan, diikuti daun kari. Tumis. Masuk garam dan serbuk perasa secukupnya.
  4. Masuk ketam yang dah digoreng dan gaul sampai sekata. Boleh tambah kicap dan air jika perlu. Kam heong kuah pekat sikit.
  5. Sedia utk dihidang

    Selamat mencuba ^_^

Salad Ayam (Chicken Salad)




Bahan-bahan
Isi Ayam

Ubi Kentang
Salad
Baby Tomato

Serbuk lada hitam
Mayonis
Lemon

Tepung ayam goreng kfc
Telur
Minyak masak
Garam



Cara-cara
  1. Kupas kulit kentang, belah kepada 2 atau 4, rebuskan dengan sedikit garam sehingga empuk.  Setelah empuk, tos dan asing ke tepi
  2. Cuci isi ayam, celup ke dalam telur dan tepung ayam goreng kfc, dan gorengkan mengguna api perlahan.  Tidak perlu terlalu garing.  Setelah masak, toskan dan asing ke tepi.
  3. Potong salad 
  4. Campurkan semua bahan iaitu ubi kentang, salad, baby tomato, sedikit serbuk lada hitam dan mayonis, kacau sehingga sebati
  5. Isi ayam yang telah digoreng tadi dipotong kecil² dan dimasukkan bersama dan digaulkan sebati sekali lagi
  6. Perahkan sedikit lemon
  7. Sedia utk dihidang

    *Boleh juga diletakkan sos lada hitam, terpulang kepada individu.

    Selamat mencuba ^_^

Blog Widget by LinkWithin