Followers

Wednesday, May 23, 2012

Kebab Juju


Bahan-bahan
Roti Pita
Daging cincang
Carrot (potong dadu kecil)
Serbuk lada hitam
Sos lada hitam
Bawang besar (potong dadu)

Salad
Mayonis

Sos cili
Garam
Minyak masak






Cara-cara
  1. Panaskan minyak masak
  2. Tumis bawang yang telah dipotong dadu tadi
  3. Masukkan daging cincang, carrot & gaul sehingga daging masak
  4. Masukkan serbuk lada hitam, sos lada hitam & secubit garam
  5. Setelah daging kering dan sebati, bolehlah ditutup api dan masukkan ke dalam bekas dan sejukkan seketika.
  6. Masukkan mayonis dan sos cili ke dalam daging yang disejukkan tadi dan gaul sekata
  7. Potongkan roti pita kepada dua
  8. Sapukan sedikit mayonis ke dalam roti pita
  9. Letakkan salad & daging yang telah digaul sekata tadi
  10. Ulang untuk roti pita yang lain sehingga selesai
  11. Sedia utk dihidang

    Selamat mencuba ^_^

Tuesday, May 22, 2012

Cencaluk




Bahan-bahan
Cencaluk
Cili api
Bawang besar

Limau nipis / limau kasturi



Cara-cara
  1. Potong cili api dan bawang besar (potong dadu)
  2. Tuang cencaluk ke dalam bekas
  3. Masukkan cili api & bawang besar yang telah dipotong tadi ke dalam bekas berisi cencaluk
  4. Perahkan asam limau
  5. Sedia utk dihidang.  Sesuai dicicah dengan ulam-ulaman.

    Selamat mencuba ^_^

Monday, May 21, 2012

Sandwich


Bahan-bahan
Roti
Salad
2-3 biji telur

Sos cili
Mayonis
Secubit serbuk lada hitam
Secubit garam
Minyak masak

Cara-cara
  1. Pecahkan telur ke dalam bekas, kacau sebati dan masukkan secubit garam & secubit serbuk lada hitam
  2. Panaskan minyak masak
  3. Goreng telur tadi dan kacau sehingga telur hancur
  4. Setelah telur masak, angkat dan asingkan ke tepi
  5. Masukkan sos cili & mayonis ke dalam telur yang telah siap digoreng tadi
  6. Sapukan sedikit mayo pada roti
  7. Letakkan salad dan telur ke dalam roti
  8. Sedia utk dihidang, sedap diminum bersama teh o panas

    Selamat mencuba ^_^

Thursday, May 10, 2012

Popia Daging










Bahan-bahan
Kulit popia
1 pek daging cincang
sayur ABC
Bawang (potong dadu)
Cili api & daun bawang (potong kecil2)
Garam
Minyak masak
Cara-cara
  1. Panaskan minyak masak
  2. Tumis bawang yang telah dipotong dadu tadi
  3. Masukkan daging cincang, gaul sekata sehingga daging masak
  4. Setelah daging masak, masukkan sayur ABC
  5. Masukkan cili api dan daun bawang tadi
  6. Masukkan garam secukup rasa
  7. Setelah inti agak kering dan sebati, bolehlah ditutup api dan masukkan ke dalam bekas dan sejukkan seketika.
  8. Masukkan inti ke dalam kulit popia dan gulungkan
  9. Setelah selesai menggulung, bolehlah digoreng popia tersebut

    Sedia utk dihidang dan boleh dicicah dengan sos kegemaran

    Selamat mencuba ^_^

Tuesday, May 8, 2012

Easy Grilled Chicken with White Sauce








Bahan-bahan
Ayam
4-5 sudu sos lada hitam
1/2 biji lemon
1 sudu minyak bijan
1 sudu serbuk lada hitam

Brocolli
Carrot
Tomato
1/2 tin Sos spaggeti (cheese)

sedikit air masak


Cara-cara
  1. Untuk perap ayam, campurkan sos lada hitam, lemon, minyak bijan dan serbuk lada hitam.  Gaul sekata dan biarkan dalam 5 minit.
  2. Panaskan grilled pan pada api sederhana, kemudian letakkan ayam
  3. Biarkan beberapa seketika dan balik² ayam sehingga masak
  4. Rebus atau stim brocolli dan carrot seketika
  5. Panaskan periuk, masukkan sos spaggeti cheese, dicampurkan dengan sedikit air masak, kacau sekata sehingga sos likat
  6. Tuang sos ke atas ayam

    Sedia utk dihidang, boleh dihias bersama tomato

    Selamat mencuba ^_^

Blog Widget by LinkWithin