Followers

Wednesday, July 20, 2011

Cream Caramel Cosway

Bahan² & Cara²

Beli 1 kotak Cream Custard Mix daripada Cosway
Cara² dinyatakan di belakang kotak
Senang & sedap





Sedia untuk dihidang =)

Pengat Pisang Sempoi

a.k.a bubur pisang


Bahan-bahan
  • 5 biji pisang (x ingat time ni aku pakai pisang apa)
  • 1 pek santan segera (dibancuh dengan air)
  • 1 ketul gula melaka
  • Garam & gula secukup rasa


Cara-cara

  1. Pisang di potong serong atau ikut suka. 
  2. Masukkan santan segera & gula melaka ke dalam periuk
  3. Panaskan periuk bersama bahan² tadi di atas api kecil
  4. Kacau perlahan-lahan sehingga mendidih
  5. Masukkan garam & gula secukup rasa
  6. Masukkan pisang

Sedia untuk dihidang =)

Friday, July 8, 2011

Ayam Hainan




Cara-cara

1. Ayam direbus separuh masak
2. Angkat dan rendam dalam air sejuk seketika
3. Bawang putih, bawang besar dan lada hitam ditumbuk.
4. Toskan ayam dan perap dengan semua bahan² & minyak bijan selama 1/2 jam
5. Ayam boleh dipanggang atau digoreng

Wednesday, March 2, 2011

Sambal Sardin

Bahan-bahan ( 5 org makan )

  • 1 tin ikan sardin (tak kisah jenama)
  • 1 biji lada besar 
  • 5-10 sudu cili boh
  • 5 sudu air asam jawa
  • garam & gula secukup rasa
  • sedikit minyak masak

Cara-cara

  1. Panaskan minyak
  2. Goreng ikan ikan sardin tadi, kemudian angkat dan asingkan
  3. Masukkan cili boh (masak sehingga garing)
  4. Masukkan air asam jawa
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa
  6. Masukkan ikan sardin yang diasingkan tadi
  7. Masukkan bawang

    Sedia untuk dihidang =)

Tuesday, January 4, 2011

Siakap Stim Limau


Bahan-bahan ( 5 org makan )

  • ikan siakap
  • 1 inci halia*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3 btg serai*
  • 5 ulas bwg merah*
  • serbuk lada hitam
  • sos tiram 4-5 camca besar
  • 2 biji limau nipis di perah air
  • 2 biji lada besar
  • 1 biji buah tomato potong dadu
  • daun sup
  • garam secukup rasa
  • * ditumbuk/ blend

Cara-cara

  1. bahan yang di blend tadi di gaul pada ikan bersama garam serbuk lada hitam,& sos tiram..perap 15menit..
  2. tabur atas ikan lada merah, tomato n daun sup.. tomato sy guna kan kos nk suh masam skit..jd akan balance dengan sos tiram..
  3. stim la ikan siakap tu..kira2 20 menit.. kira 5 menit sebelum angkat..bubuh la air perahan limau nipis tu.. hmmm, pasti tak sabar nk mkn bila baunyer..huhu..sedappp..
  4. ikan tu saya potong 2..cause tak muat ngn bekas..hehehehe
Blog Widget by LinkWithin