Followers

Thursday, March 8, 2012

Topping Kek - Perisa Strawberi




Bahan-bahan
Coklat masakan strawberi
Susu segar (saya guna susu UHT)


Cara-cara
  1. Cairkan coklat masakan menggunakan kaedah double boil (saya guna periuk kecil utk letak coklat bar kemudian periuk kecil tersebut diletakkan ke dalam periuk yang besar berisi air)
  2. Apabila coklat tadi mula mencair, masukkan susu segar dan kacau perlahan-lahan menggunakan whisk (kalau takde whisk, guna sudu pun boleh)
  3. Kacau sebati sehingga coklat likat
  4. Apabila coklat kelihatan agak likat, tutup api.

    Sedia utk dihiaskan ke atas kek sebagai topping

    Selamat mencuba ^_^

Monday, March 5, 2012

Kailan Ikan Masin





Bahan-bahan

Sayur kailan
Ikan masin - saya guna ikan masin biasa je
Bawang putih
Sos tiram
Air
Minyak masak




Cara-cara
Panaskan minyak masak
Goreng ikan masin, angkat selepas ikan masak.  Asingkan ke tepi dan cubit menjadi kecil² dan dibuang tulangnya.

Tumis bawang putih
Masukkan sedikit air
Masukkan sayur kailan

Masukkan ikan masin yang sudah dicubit² tadi
Masukkan sos tiram

Gaul sebati



Sedia untuk dihidang =)

Sambal Ikan Bilis Petai


Bahan-bahan
Ikan bilis
Petai
Cili boh
Air asam jawa

Garam & gula secukup rasa
Minyak masak



Cara-cara
Panaskan minyak masak
Tumiskan cili boh sehingga garing (cili betul² masak)
Masukkan air asam jawa
Masukkan garam & gula secukup rasa
Masukkan petai dan ikan bilis kemudian gaul sekata.


Sedia untuk dihidang =)
Blog Widget by LinkWithin