Followers

Thursday, December 31, 2009

Keli Goreng Berlada


Bahan-bahan

Ikan keli
Cili besar
Cili api
Bawang putih
Bawang besar
Garam secukup rasa


Cara-cara

  1. Bersihkan ikan, dan perap dengan serbuk kunyit.
  2. Goreng ikan sehingga masak. Angkat dan asingkan ke tepi.
  3. Kisar cili api, bawang putih dan cili besar.
  4. Tumis bahan yang dikisar di atas.
  5. Masukkan garam.
  6. Masukkan bawang besar..gaul sebati dan angkat.
  7. Tuang ke atas ikan yang digoreng tadi.
Sedia untuk dihidang =)

Thursday, December 24, 2009

Sup Daging


Bahan-bahan

Daging
2 biji Ubi Kentang (dipotong 4)
1 batang Carrot
2 ulas Bawang merah (hiris halus)
1 ulas Bawang putih (hiris halus)
Garam secukup rasa
Daun sup (sy lupa nak beli, so tak letak lah)
Minyak
Air

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah & bawang putih.
  2. Masukkan air.
  3. Letakkan sup bunjut.
  4. Masukkan daging, masak sehingga daging separa empuk.
  5. Masukkan ubi kentang dan carrot. 
  6. Masukkan garam secukup rasa
  7. Masak sehingga daging betul2 empuk.
  8. Masukkan daun sup.
Sediakan untuk dihidang.  **sy lupa nak bli daun sup, so takde lah letak.

Sambal Telur



Bahan-bahan

Telur ayam
Cili boh (instant atau buat sendiri)
3 biji bawang besar dikisar
Garam  & gula secukup rasa
Minyak masak


Cara-cara:
  1. Rebus telur ayam, kupas dan dibelah dua.
  2. Tumis bawang yang dikisar tadi sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili boh dan biarkan sehingga cili benar2 masak dan garing.
  4. Masukkan garam & gula secukup rasa.
  5. Masukkan telur yang dibelah dua tadi.
Sedia untuk dihidang.

Daging Masak Merah



Bahan-bahan

Daging
Perwarna merah
Bawang merah
Bawang putih
Bawang besar
Halia
Sos tiram
Serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Daun bawang (sbg hiasan)


Cara-cara

  1. Rebus daging sehingga empuk.
  2. Hiris daging nipis2 dan gaul dengan perwarna merah.
  3. Tumis halia, bawang putih, bawang besar.
  4. Masuk sos tiram + serbuk lada hitam.
  5. Masukkan garam secukup rasa.
  6. Masukkan bawang besar.
  7. Masukkan daun bawang sebagai hiasan.
Sedia untuk dihidang
Blog Widget by LinkWithin