Followers

Wednesday, November 25, 2009

Sup Ayam



Bahan-bahan

Ayam (dipotong kecil atau ikut suke)
1 ketul sup bunjut (baru first time guna cap Puteri ni, sedap!harum je bau)
2 biji kentang
1 batang carrot
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
daun sup
minyak masak
air
garam secukup rasa


Cara-cara

  1. Tumbuk lumat bawang merah & bawang putih
  2. Panaskan minyak masak
  3. Tumis bawang merah & bawang putih yang ditumbuk tadi
  4. Masukkan air & sup bunjut
  5. Masukkan ayam
  6. Masukkan ubi kentang & carrot
  7. Bila ubi kentang dah empuk, masukkan garam secukup rasa
  8. Masukkan daun sup
Sedia untuk dihidang =)

Monday, November 16, 2009

Spaghetti


Bahan-bahan

1 bungkus spaghetti
1 tin cendawan butang
1 pek daging cincang Ramly
1 pek perencah Maggi Spaghetti Bolognese
5 sudu sos Spaghetti Prego
1 bj bawang besar
secubit garam
sedikit minyak masak
air

Cara-cara (sy belasah je tak ikut resepi pun)

Spaghetti
  1. Rebus spaghetti sehingga lembut
  2. Asing dan tos kan

Kuah
  1. Panaskan minyak, tumis bawang besaar
  2. Masukkan daging cincang
  3. Masukkan perencah Maggi Spaghetti Bolognese, Sos prego, cendawan butang
  4. Masukkan air, kacau rata
  5. Masukkan secubit garam, tunggu sehingga kuah agak pekat dan tutup api
Sedia untuk dihidang

Friday, November 13, 2009

Sambal Ikan


Bahan-bahan

Ikan Kembong/Mabong
3 sudu cili boh
2 sudu minyak masak
1 labu bawang
1 biji tomato
secubit garam & gula
sedikit kunyit (utk perap ikan)
air asam jawa


Cara-cara

  1. Cuci ikan, perap dengan sedikit kunyit, goreng sehingga masak (Angkat dan letak ke tepi)
  2. Panaskan minyak masak
  3. Masukkan cili boh, masak sehingga cili betul2 masak
  4. Masukkan air asam jawa
  5. Masukkan garam & gula
  6. Masukkan ikan
  7. Masukkan tomato & bawang, kacau sebati
Sedia untuk dihidang =)

Wednesday, November 11, 2009

Ikan Bakar



Bahan-bahan

A. Perap Ikan

Ikan kembung (atau apa2 ikan)
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu cili boh
secubit garam
daun pisang

B. Sambal Cili

3 ulas bawang merah
6 btg cili api
1 bj limau kasturi
gula
kicap manis



Cara-cara

A. Ikan

  1. Tumbuk semua bahan2 sehingga lumat dan gaul pada ikan
  2. Balut ikan dengan daun pisang
  3. Bakar ikan (saya guna dapur gas je..guna api kecil)

B. Sambal Cili

  1. Tumbuk bawang merah, cili api & gula sehingga lumat
  2. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam bekas
  3. Masukkan sedikit kicap
  4. Perah sedikit limau
Sedia untuk dihidang =)

Saturday, November 7, 2009

Kek Pisang Kukus


Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan susu pekat manis
1 cawan pisang (dilenyek)
1 cawan minyak masak
4 biji telur
1 sudu teh - soda bikarbonat
1 sudu teh - esen vanila


Cara-cara

  1. Pukul telur dengan guna sehingga hancur
  2. Masukkan pisang & esen vanila
  3. Masukkan minyak masak
  4. Masukkan tepung gandum & soda bikarbonat yang telah diayak
  5. Kukus atas api sederhana selama 40-60 minit
Sedia untuk dihidang =)

* resepi ni rasa dia just nice, tak manis sgt dan tak tawar sgt..cuma kalau size telur terlalu besar, mgkn boleh kurangkan kuantiti telur.

Wednesday, November 4, 2009

Koey Teow Kerang


Bahan-bahan

1 bungkus koey teow
2 sudu cili boh
taugeh
kerang
sawi
telur
kicap manis
minyak masak

Cara-cara

1. Panaskan minyak masak
2. Tumis cili boh
3. Masukkan kicap manis, kacau2
4. Masukkan kerang, taugeh, sawi
5. Masukkan koey teow
6. Pecahkan telur dan gaul rata

Sedia utk dihidang =)

Monday, November 2, 2009

Puding Kukus Laici

comot la puding aku, terlembik sket..huhuhu~


Kredit : Hazila


Bahan Bahan

1 tin susu cair
4 keping roti putih
4 biji telur
1 sudu makan gula pasir
Isi laici

Untuk Jelly
1 packet jelly nona perisa strawberry
400 ml air

Cara cara
  • Panaskan kukusan.
  • Rendam roti di dalam susu cair. Kisar hingga halus roti, susu cair,telur dan gula.
  • Masukkan bahan kisar ke dalam loyang yg sesuai dan kukus lebih kurang 30 minit.
  • Angkat dan biarkan ia sejuk.
  • Sementara itu sediakan jelly mengikut arahan di kotak.
  • Susun buah laici di atas adunan yg telah dikukus tadi.
  • Tuangkan jelly ke atas adunan. Sejukkan sebelum dihidang.

Udang Goreng Tepung (Udang Sprite)

Kredit : Hazila

tp udang aku tak secantik sifu hazila, takpe..
aku budak baru belajar :D


Bahan bahan

Udang
Tepung gandum
Garam halus
Serbuk lada sulah
Air Sprite

Cara cara
  • Bersihkan udang, belah belakang,buang kekotoran dan tinggalkan ekornya.
  • Gaulkan udang tadi dengan sedikit lada sulah (jika suka)
  • Campurkan sedikit garam halus di dalam tepung gandum. Bancuh tepung gandum dengan air sprite. Kepekatan bancuhan mestilah pekat dan a bit lumpy.
  • Maksudnya: Kalau kita salutkan dengan udang, bancuhan tadi tak jatuh.
  • Biarkan bancuhan tadi seketika.
  • Ambil seekor udang, balik balikkan dalam tepung gandum (tepung yg tidak dibancuh), celupkan dalam bancuhan tepung.
  • Goreng dalam minyak yg banyak hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Ulang hingga selesai.
  • Hidangkan dengan sos thai atau your favourite dipping sauce. Selamat mencuba.
Blog Widget by LinkWithin