Followers

Sunday, November 10, 2013

Ayam Masak Gulai Kuning

Bahan bahan:
1/2 ekor ayam
1 labu bawang besar
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
Cili padi (ikut kehendak msg2)
3 batang serai
2 asam keping
Garam
Serbuk perasa
Santan secukupnya

Cara cara:
1. Kisar cili padi, bawang, kunyit, halia dan serai.

2. Masak santan dengan bahan kisar sehingga mendidih.

3. Masukkan ayam.

4. Masak sehingga ayam masak sambil terus dikacau.

5. Masukkan garam, asam keping dan serbuk perasa.

Sedia untuk dihidang =)

Thursday, October 24, 2013

Kerang Bakar


Bahan-bahan

1kg kerang

Utk Sos
5-6 biji cili api (terpulang kepada individu)
Bawang kecil
Gula
Kicap


Cara-cara

1. Basuh dan berus kerang agar bersih
2. Bakar dalam grill pan (patutnya panggil kerang grill) heheh
3. Tunggu sehingga kerang masak atau ada yang terbuka 

Utk Sos
4. Tumbuk cili api, bawang kecil sehingga lumat
5. Masukkan gula dan kicap


Sedia utk dihidang =)

Wednesday, October 23, 2013

Koey Teow Goreng


Bahan-bahan

1 bungkus koey teow
2 sudu cili boh
Udang
fish ball
fish cake
sawi
telur
kicap manis
garam/perasa
minyak masak


Cara-cara

1. Panaskan minyak masak
2. Goreng fish cake & fish ball
3. Angkat dan asingkan fish cake & fish ball yang telah masak tadi
4. Tumis cili boh
5. Masukkan kicap manis & perasa dan kacau2 sebati
6. Masukkan sawi
7. Masukkan fish cake & fish ball
8. Masukkan koey teow
9. Pecahkan telur dan gaul rata

Sedia utk dihidang =)


Tuesday, August 13, 2013

Popia Nestum

Bahan-bahan
1 bungkus kulit popia saiz besar
6 pek nestum 3in1
Minyak masak

Cara-cara
1. Gulung kulit popia sekeping demi sekeping
2. Gunting kulit popia tadi secara serong dan kecil2
3. Panaskan minyak, dan goreng kulit popia yg dipotong td menggunakan api sederhana
4. Setelah popia masak dan kekuningan, angkat dan asingkan ke tepi
5. Kisar nestum 3in1 sehingga halus
6. Campurkan nestum yg dikisar td dgn popia yg sudah siap goreng.
7. Kacau/goncang sebati

Sedia untuk dimakan :)

Tuesday, July 16, 2013

Asam Pedas Ikan Pari




Resepi credit to : Azila Johan


Bahan²
1. Ikan Pari (boleh guna ikan lain juga)
2. Cili kering (cili boh pun boleh)
*Kalau cili kering, rebus dulu dan blend bersama² dgn bwg besar & bwg putih
3. Kunyit hidup
4. Halia
5. Air asam jawa
6. Bendi
7. Bunga Kantan
8. Daun Kesum
9. Garam
10. Gula
11. Minyak masak
12. Air

Cara²
1. Blend semua bahan-bahan 1-4
2. Panaskan minyak dengan api sederhana
3. Tumis bahan yang diblend tadi sampai garing
4. Masukkan garam & gula secukup rasa
5. Masukkan ikan
6. Masukkan air asam jawa
7. Agak-agak ikan dah nak masak, masukkan bunga kantan, daun kesum & bendi
8. Biarkan masakan mendidih seketika
9. Tutup api

Sedia untuk dihidang ^_^
Blog Widget by LinkWithin