Followers

Tuesday, October 19, 2010

Mee Kari Sempoi Habis



Bahan²

- 1 bungkus Mee Kuning
- 1 bungkus tauhu kosong (alah, yg kosong kat dalam tu)
- 1 bungkus fish ball
- sedikit udang
- pati santan
- 1 pek rempah kari ikan/daging (dibancuh dengan air)
- Daun sup
- Garam & gula secukup rasa
- 2 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih 
- Minyak masak 


Cara²
  1. Celur Mee Kuning secara berasingan, setelah masak, letakkan ke tepi.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah & bawang putih sehinggan naik bau.
  3. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh tadi.
  4. Masukkan fish ball dan tauhu kosong.
  5. Masukkan pati santan.
  6. Masukkan garam & gula secukup rasa.
  7. Masukkan udang.  (Udang dimasukkan lambat kerana udang cepat masak dan jika dibiar terlalu lama di atas api, udang akan mengecil dan terus mengecil saiznya..huhuhu)
  8. Campurkan mee kuning dan kuah di dalam mangkuk, taburkan daun sup di atasnya.


    Selamat Mencuba =) 

Monday, August 23, 2010

Sotong Sumbat

{Sotong Sumbat}



Bahan-bahan

Sotong
Ubi kentang
Bawang Besar
Lobak Merah
Cili Besar
Susu UHT
Serbuk Lada Hitam
Sedikit garam


Cara-cara

  1. Kupas ubi kentang, potong dadu, dan rebus kentang sehingga empuk.
  2. Apabila ubi telah empuk, angkat dan toskan.
  3. Lenyek ubi kentang sehingga hancur, sambil itu masukkan sedikit demi sedikit susu uht, serbuk lada hitam dan sedikit garam.
  4. Potong bawang besar kecil2 empat segi.
  5. Potong lobak merah kecil2 empat segi.
  6. Potong cili besar kecil2.
  7. Campurkan ubi kentang yang siap dilenyek tadi dengan semua bahan bernombor 4,5 & 6.
  8. Sumbat bahan campuran tadi ke dalam sotong.
  9. Goreng  atau kukus sotong yang telah disumbat.

Sedia untuk dihidang.  Selamat mencuba ^_^

Tuesday, July 6, 2010

Oreo Milkshake


Bahan-bahan

5 keping biskut Oreo
1 cawan susu UHT
1 sudu teh susu pekat
3 ketul ais


Cara-cara
  1. Campur semua bahan ke dalam blender
  2. Blend sehingga sekata
  3. Tuang ke dalam gelas dan hiaskan dengan sekeping biskut oreo

Selamat mencuba =)

Sunday, March 21, 2010

Kek Epal Kukus


Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan susu pekat manis
1 cawan epal (in my case, lebihan daripada membuat jus epal tadi)
1 cawan minyak masak
3 biji telur
1 sudu teh - soda bikarbonat
1 sudu teh - esen vanila


Cara-cara

  1. Pukul telur dengan guna sehingga hancur
  2. Masukkan epal & esen vanila
  3. Masukkan minyak masak
  4. Masukkan tepung gandum & soda bikarbonat yang telah diayak
  5. Kukus atas api sederhana selama 40-60 minit
Sedia untuk dihidang =)

Sunday, February 7, 2010

Nasi Lemak

 
Kredit Resepi : CIK EPEL
  • Bahan untuk nasi:-
  • @ 2 cawan beras
  • @ 1 cawan santan n 1 cawan air( jun guna 1/2 cwn santan pekat n 1 1/2 cwn air)
  • @ 1 helai daun pandan - disimpul
  • @ 3 hirisan halia
  • @ secubit garam
  • Bahan untuk sambal:-
  • * 6 sudu besar cili kering mesin
  • * 4 ulas bawang merah -ditumbuk
  • * 2 ulas bawang putih -ditumbuk
  • * 1 biji bawang besar -dihiris
  • * segenggam ikan bilis (dibasuh, separuh darinya ditumbuk)
  • * sedikit air asam jawa
  • * sedikit belacan (jika suka)
  • * garam n gula
  • Bahan sampingan lain :-
  • Ikan bilis goreng, telur rebus dan timun.


Cara-cara

  1. Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.
  2. Tumis bawang besar, masukkan bawang2 yg ditumbuk, cili mesin, belacan dan ikan bilis yg ditumbuk..hingga sedikit garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan air asam dan separuh lagi ikan bilis yg sudah dibersihkan tadi.
  4. Masukkan garam n gula. Masak sehingga agak pekat

Tuesday, February 2, 2010

Lala



Bahan-bahan

Lala
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
2 batang serai
Halia
Minyak masak
Air
Garam secukup rasa


Cara-cara
  1. Tumis bawang merah, bawah putih & halia
  2. Masukkan air
  3. Masukkan lala & serai
  4. Masukkan garam secukup rasa
  5. Tunggu sehingga lala betul2 masa (cengkerang terbuka)
Sedia untuk dihidang =)

Monday, January 4, 2010

Masak Lemak Labu

* Resepi ni ikut cara saya (bedal saje sbb barang dlm fridge terhad, malas nak kuar beli..huhuh)




Bahan-bahan

1/2 biji Labu
1 pek santan kelapa
1 biji bawang merah

Sedikit udang kering
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak
Air

Cara-cara

  1. Kupas kulit labu.
  2. Tumbuk bawang merah & udang kering.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk.
  4. Masukkan labu.
  5. Masukkan air.
  6. Apabila labu agak2 lembut, masukkan santan.
  7. Masukkan garam secukup rasa.
Sedia untuk dihidang =) Mudah, ringkas dan cepat.
Blog Widget by LinkWithin