Followers

Monday, August 23, 2010

Sotong Sumbat

{Sotong Sumbat}



Bahan-bahan

Sotong
Ubi kentang
Bawang Besar
Lobak Merah
Cili Besar
Susu UHT
Serbuk Lada Hitam
Sedikit garam


Cara-cara

  1. Kupas ubi kentang, potong dadu, dan rebus kentang sehingga empuk.
  2. Apabila ubi telah empuk, angkat dan toskan.
  3. Lenyek ubi kentang sehingga hancur, sambil itu masukkan sedikit demi sedikit susu uht, serbuk lada hitam dan sedikit garam.
  4. Potong bawang besar kecil2 empat segi.
  5. Potong lobak merah kecil2 empat segi.
  6. Potong cili besar kecil2.
  7. Campurkan ubi kentang yang siap dilenyek tadi dengan semua bahan bernombor 4,5 & 6.
  8. Sumbat bahan campuran tadi ke dalam sotong.
  9. Goreng  atau kukus sotong yang telah disumbat.

Sedia untuk dihidang.  Selamat mencuba ^_^

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin