Followers

Monday, May 11, 2015

Gulai Lemak Peria Udang




Bahan-bahan
5 biji peria katak (dibuang isi tengah dan dipotong memanjang)
1/2 kg udang
20 biji cili akar (cili api lagi kaw!)
1 biji santan kelapa
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Garam
Gula
Minyak


Cara-cara
1. Kisar bawang besar, bawang putih, cili akar dan santan
2. Panaskan minyak
3. Masukkan bahan yang dikisar.  Perlu sentiasa kacau santan sampai gelegak.  Supaya santan yang pecah minyak tak berkeladak di lapisan atas.
4. Masukkan peria.  Tunggu sehingga peria masak.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Masukkan udang.  Tunggu sekejap sehingga udang masak.

Sedia untuk dihidang =)

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin