Followers

Wednesday, September 30, 2009

Lempeng

Sy guna instant lempeng =)

Sila abai rupa lempeng ku yang hangus itu :p


Bahan-bahan:

1. Lempeng


Instant Pancake Nona
1 biji telur
1 sudu minyak masak
sedikit air

Cara-cara:

Masukkan semua campuran dalam satu bekas, kacau sebati
Panaskan kuali anda
Letakkan adunan lempeng tadi
Apabila kekuningan, terbalik kan


Bahan-bahan Sampingan:

2. Kentang Putar

2 biji kentang
sedikit susu rendah lemak
sedikit serbuk lada hitam
secubit garam

Cara-cara:

Kentang dipotong 4 segi halus2
Rebus kentang sehingga empuk
Tos kentang dan lenyek
Campurkan sedikit susu, serbuk lada hitam dan secubit garam

Sedia dihidang =)


3. Sayur

1 brokoli
1 batang carrot
1 ulas bawang putih
sos tiram

Cara-cara:

Tumis bawang putih
Masukkan brokoli & carrot
Bila sayur dah agak masak, masukkan sos tiram

Sedia untuk dihidang =)

4. Baked Beans

1 tin baked beans

Cara-cara:

Panaskan dalam microwave / secara manual atas dapur
Sedia dimakan =)

Kerabu Mangga

Mangga ni kuning, tapi masam gilerrr,
sbb tu buat kerabu


Bahan-bahan

Buah Mangga
5 ulas cili api (kalau nak pedas, letaklah lebih)
3 ulas bawang merah
1 sudu udang kering
1 sudu pati santan
sedikit kiub ayam (saya pakai kiub ayam knorr)

** kacang tanah yang dikisar


Cara-cara

1. Hiris buah mangga halus-halus (aci ke sebut diracik2)
2. Hiris halus cili api & bawang merah
3. Udang kering ditumbuk dan ditumis dengan sedikit minyak seketika
4. Campur semua bahan ke dalam 1 bekas (mangga, cili api, bawang merah & udang kering yg ditumis)
5. Masukkan pati santan
6. Masukkan sedikit kiub ayam (untuk mendapatkan perasa masin)
7. Lebih sedap jika ditabur dengan kacang tanah (tp saya tak letak sbb takde stok di rumah)

Sedia untuk dihidang =)



Friday, September 25, 2009

Kuah Kacang Ayam

Packing utk dibawa ke rumah MIL (mlm raya hari tu)


Bahan-bahan

Kacang tanah
10 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 batang serai
2 cm belacan
2 cm halia
2 keping asam keping
cili boh (ikut tahap kepedasan individu)
1 mangkuk santan
ayam dipotong halus
garam secukup rasa
gula secukup rasa



Cara-cara

1. Kacang tanah digoreng sehingga garing menggunakan minyak yg sedikit, tos kan minyak dan dibuang kulit dan Kisar kacang sehingga agak2 lumat
2. Kisar bawang merah, bawang putih, serai, halia, belacan & cili boh
3. Tumis bahan yg dikisar tadi (No. 2)
4. Apabila dah pecah minyak, masukkan ayam, garam & gula
5. Apabila ayam sudah masak, masukkan santan
6. Masukkan asam keping
7. Masukkan kacang yg telah di kisar tadi (No. 1)

Sedia untuk dihidang bersama-sama dengan nasi impit =)

Thursday, September 24, 2009

Nasi Goreng Ayam


Bahan-bahan

Nasi Putih
Ayam goreng
Sayur (kangkong, jagung muda, cili merah, carrot)
1 ulas bawang putih
kicap
sos tiram

Cara-cara

1. Tumis bawang putih
2. Masukkan kicap & Sos Tiram
3. Masukkan sayur-sayuran
4. Masukkan nasi
5. Masukkan ayam goreng (ayam boleh dipotong kecil2)

Sedia untuk dihidang =)

* sekiranya kurang rasa, boleh lah ditambah garam & gula, tapi saya punya stail, kalau dah guna sos tiram & kicap, saya tak tambah garam n gula lagi dah, sbb semua rasa dah cukup ;)

Saturday, September 19, 2009

Cornflakes Madu


Kredit Resepi :Umi (MyResipi)

Bahan-bahan ( dalam 60-70 cawan mini cookies )

* 250gm cornflakes (kotak kecil)
* 125gm butter (1/2 buku)
* 1/2 cawan gula perang (tambah kalau suka manis)
* 5 sudu makan madu (saya guna golden syrup masa ni sebab tak ada madu)
* manik warna warni untuk hiasan

Cara-cara

1. Campurkan butter dan gula dan masak atas api perlahan hingga gula larut bersama butter
2. Masukkan cornflakes ke dalam adunan yang dah cair dan masukkan madu (masa ni saya guna golden syrup)
3. Gaul sampai rata
4. Masukkan dalam acuan dan taburkan manik warna warni dan bakar selam 10-15 mins atau sampai dasar kekuningan (jap je tau)


* Untuk gambar cara-cara membuat, sila klik SINI

Friday, September 18, 2009

Taugeh Goreng

Walaupun resepi ni senang, tapi nak tempek jugak =)


Bahan-bahan

Taugeh
1 batang carrot (lagi cantik kalau potong panjang2)
1 biji tauhu
1 ulas bawang putih
1 sudu kicap pekat
* tambah daun kucai lagi sedap


Cara-cara

1. Bersihkan taugeh
2. Goreng tauhu, kemudian dibelah
3. Tumiskan bawang putih
4. Masukkan carrot
5. Masukkan taugeh
6. Masukkan kicap & tauhu

Sedia untuk dihidang =)

Thursday, September 17, 2009

Kerabu Taugeh

Saya tambahkan kacang panjang ke dalam kerabu ini


Kredit Resepi : iLuvislam


Bahan A

* 300 gm taugeh (dibuang ekor)
* Kelapa parut (digiling/ditumbuk)
* ½ cawan pati santan
* 1 camca air asam jawa
* ½ biji bawang besar (dimayang)

Bahan B

* 6 ulas bawang merah
* 100 gm udang kering
* 2 biji cili merah
* 6 biji cili api
* belacan sebesar ibu jari
* garam secukup rasa

Cara

* Taugeh dibersihkan dan dicelur 1/2 masak
* Bahan B ditumbuk. Campurkan dengan bahan A.
* Gaul hingga sebati


Sedia untuk dihidang =)

Wednesday, September 16, 2009

Mee Bandung

Kredit Resepi : Bunge-Kantan

fuhh, oily sungguh gambar ini
tapi masa makan tak nampak pulak..hehehe :p


Bahan-bahan

1 genggam cili kering (saya guna cili boh shj)
1 genggam udang kering
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 bungkus mee kuning
Udang/ayam
Tauhu
Sayur (tomato/sawi/jagung muda)
Telur
Garam & gula (secukup rasa)
Air


Cara-cara




1. Kisar cili kering, udang kering, bawang besar & bawang putih
2. Panaskan kuali dan tumis bahan2 yang dikisar tadi
3. Masak sehingga cili betul2 masak dan menjadi likat
4. Masukkan air
5. Masukkan ayam/udang, tauhu, sayur
6. Masukkan telur
7. Masukkan garam + gula
8. Masukkan mee

Sedia untuk dihidang =)

Tuesday, September 15, 2009

Kangkong Goreng

Kualiti gambar kurang memuaskan


Bahan-bahan

1 ikat kangkong
1 batang cili merah
1 ulas bawang putih
1 sudu udang kering
garam (secukup rasa)
Air


Cara-cara

1. Tumis bawang putih
2. Masukkan udang kering
3. Masukkan kangkong
4. Masukkan cili merah
5. Masukkan sedikit air
6. Masukkan garam secukup rasa

Sedia untuk dihidang =)

Sayur Campur

Bahan-bahan

1 batang carrot
1 biji brokoli
5 ekor udang
5 biji chicken meatball (bole diganti dgn fish ball atau sebagainya)
1 ulas bawang putih
2 sudu sos tiram
Air


Cara-cara

1. Tumis bawang putih
2. Masukkan chicken meatball
3. Masukkan carrot & brokoli
4. Masukkan air
5. Apabila sayur dah separuh masak, masukkan udang
6. Masukkan sos tiram

Sedia untuk dihidang =)

Sambal Udang Petai


Bahan-bahan

500gm udang
1 paket petai (saya rendam dahulu petai dalam air panas sbb tak nak bagi berbau sgt)
10 sudu cili boh (bergantung kepada individu)
1 biji bawang besar
1 mangkuk air asam jawa
2 sudu sos cili
garam (secukup rasa)
gula (secukup rasa)



Cara-cara

1. Panaskan minyak, masukkan cili boh (guna api sederhana, jangan terlalu besar nnt cili boh hangit)
2. Biar sehingga cili boh betul2 masak (kelihatan agak likat & berminyak)
3. Masukkan air asam jawa, garam, gula, sos cili
4. Masukkan udang
5. Masukkan petai
6. Masukkan bawang besar

Sedia untuk dihidang =)

Monday, September 14, 2009

Kek Coklat Kukus - Moist


saya guna cawan ini untuk sukatan 1 cawan


Bahan-Bahan:

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair lagi sedap)
½ cawan susu manis
1 ¼ cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur


Cara-cara

1. Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk
dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut.
2. Tutup api biarkan adunan suam Tepung
3. Soda biakrbonat dan baking powder di ayak.
4. Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi
5. Gaul rata dan campur tepung.
6. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik.
(tuang dlm 1/2 acuan je)
7. Tutup acuan dgn aluminium foil agar tidak masuk wap
8. Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejuk kan


Sedia untuk dikukus selama 1 1/2 jam


TOPPING COKLAT dari Noor Masri

Bahan-bahan:

250 g coklat masakan } potong kecil2
1 sudu besar majerin
130 ml double cream atau whipping cream
sket gula halus secukup rasa (supaya topping tu tak pahit sgt) - optional

Cara-cara

1. Cairkan coklat secara double-boiler Alihkan dr api kemudian
2. Masukkan majerin, gula & cream dan kacau sehingga sebati
3. Curahkan atas kek kemudian ratakan
4. Bila dah agak sejuk/beku baru boleh lorekkan dgn garpu secara
melintang dan menegak selang seli.

** ada beberapa cara memasak yang saya tidak ikut tetapi hasil kek mmg amat memuaskan setelah menggunakan resepi ini


Sedia di hidang =)


sila abai topping saya yg comot ini
saya budak baru belajar..huhuhu~

Macaroni Cheese


Bahan-bahan

1/2 bungkus macaroni
1/2 tin sos prego
4 keping cheese
10 biji chicken meat ball
1 tangkai daun parsley


Cara-cara

1. Rebuskan macaroni sehingga lembut
2. Goreng chickeng meat ball sehingga masak
3. Satukan macaroni & chicken meat ball ke dalam satu bekas
4. Masukkan kepingan cheese ke dalam bekas tadi (potong kecik2, kalau pakai shreaded cheese pun boleh)
5. Masukkan sos prego
6. Panaskan di dalam microwave dalam 3 minit
7. Taburkan daun parsley ke atas hidangan

Sedia untuk di hidang =)


Sunday, September 13, 2009

Nasi Goreng Cili Api

Bahan-bahan

Segengam ikan bilis
5 ulas bawang merah
10 biji cili api
Ayam /udang/sotong
Sayur
1 sudu kicap pekat
3 sudu sos tiram
Nasi Putih


Cara-cara

1. Kisar ikan bilis, cili api & bawang merah
2. Tumis bahan yang dikisar tadi
3. Masukkan ayam/udang/sotong
4. Masukkan kicap pekat & sos tiram
5. Masukkan sayur
6. Masukkan nasi putih

Gaul sebati, sedia dihidang =)

Sambal Belacan Tempoyak

Bahan-bahan

3 bj cili merah
5 bj cili api (terpulang kepada tahap pedas individu..hehe)
2 cm belacan
2 sudu tempoyak
1 sudu gula
1 biji tomato

Cara-cara

1. Kisar (atau tumbuk) cili merah, cili api, belacan, gula, tomato & tempoyak
2. Sedia untuk dihidang =)

Mee Chalong

Bahan-bahan

1/2 kilo ikan sardin/kembong
1/2 bungkus mee kuning
1 bungkus fish ball (dibelah dua)
1/2 bungkus tauhu goreng (kosong di dalam)
Sawi / cili merah
2 ulas Bawang putih
Lada hitam
Garam secukup rasa
Air


Cara-cara

1. Siang ikan dan ambil isi sahaja, isi ikan dikisar (tambahkan secubit garam)

saya menggunakan 1 kg ikan kembong

2. Isi ikan tadi dibentuk bulat-bulat seperti fish ball
3. Tumis bawang putih & lada hitam
4. Masukkan air
5. Masukkan isi ikan yg dibentuk bulat-bulat, fish ball, tauhu kosong
6. Masukkan garam secukup rasa
7. Masukkan mee kuning
8. Masukkan sayur sawi


Sedia dihidang =)

Mee Hailam


Bahan-bahan

1/2 bungkus mee kuning
2 ulas bawang putih
6 biji lada hitam ditumbuk
1 bungkus fish ball (dibelah dua)
ayam/udang/sotong (dihiris halus)
sawi/kobis
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap pekat (pakai kicap manis pun boleh)
1/2 sudu tepung jagung (optional untuk bagi kuah likat)
sedikit air

Cara-cara
1. Tumis bawang putih & lada hitam
2. Masukkan ayam/udang/sotong
3. Masukkan air
4. Masukkan fish ball
5. Masukkan sos tiram & kicap pekat
6. Masukkan sayur
7. Masukkan mee
8. Masukkan bancuhan tepung jagung

Sedia untuk dihidang

Roti Cheese

** Untuk Penggemar Cheese

Bahan-bahan

Roti
Cheese Keping

Cara-cara

1. Panaskan roti di atas kuali, biarkan cheese cair di atas roti

2. Sedia dihidang..sedap :D

Puding Instant

Mudah, cepat, dan sedap =)



gambar ini menggunakan perisa strawberry
bukan tembikai susu, sbb tu warna pun lain...hehehe

Nasi Ayam

Bahan & Cara-cara memasak

::Nasi::

Beras
1/2 ekor ayam
Halia
Serbuk lada hitam (lada hitam yg ditumbuk juga boleh)
Serbuk Kunyit

1. Rebus ayam bersama-sama dengan serbuk lada hitam & halia
2. Basuh beras secara berasingan
3. Setelah ayam yang direbus masak, air rebusan dituang ke dalam periuk yang berisi beras tadi, tinggalkan sedikit air rebusan untuk menu sup
4. Masukkan sedikit serbuk kunyit ke dalam periuk nasi (bagi mendapatkan warna kekuningan)
5. Masukkan sedikit garam
6. Sekiranya air rebusan tidak mencukupi



::Ayam::

Kicap
Sedikit madu (optional)

1. Perap ayam yang direbus tadi dengan kicap & sedikit madu
2. Ayam digoreng seperti biasa



::Sup:: (tiada gambar)

2 Ulas bawang merah
2 Ulas bawang putih
1 pek Sup Bunjut
2 biji Ubi Kentang

1. Tumis bawang merah & bawang putih
2. Masukkan lebihan air rebusan ayam tadi, tambah air jika perlu
3. Masukkan sup bunjut
4. Masukkan ubi kentang
5. Masukkan garam secukup rasa


::Sos::

Cili merah
Bawang putih
Gula

1. Kisar cili merah bersama-sama dengan bawang putih & sedikit gula
2. Masak cili yang dikisar tadi dengan api perlahan kerana ia cepat gelegak dan melimpah
3. Masak sehingga agak-agak likat



Sedia dihidang =)

Nasi boleh dihidang bersama-sama tomato & salad

Thursday, September 10, 2009

Kek Batik

Kredit Resepi : Ain

Bahan-bahan

1 cawan mentega
1 cawan gula

8 sudu besar milo

2 sudu besar serbuk koko
4 biji telur
1/2 kati (300 gram) biskut merry

Cara-cara


kisar mentega & gula (kisar sebati)
masuk kan telur sebiji demi sebiji
(kisar sebati)
masukkan campuran milo dan koko (kisar sebati)
letak atas api sederhana, kacau sampai likat
masukkan biskut sedikit demi sedikit dan kacau rata
tuangkan ke dalam bekas
sejukkan pada suhu bilik, masukkan ke dalam peti
sedia untuk dihidang


Blog Widget by LinkWithin