Followers

Friday, September 25, 2009

Kuah Kacang Ayam

Packing utk dibawa ke rumah MIL (mlm raya hari tu)


Bahan-bahan

Kacang tanah
10 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 batang serai
2 cm belacan
2 cm halia
2 keping asam keping
cili boh (ikut tahap kepedasan individu)
1 mangkuk santan
ayam dipotong halus
garam secukup rasa
gula secukup rasa



Cara-cara

1. Kacang tanah digoreng sehingga garing menggunakan minyak yg sedikit, tos kan minyak dan dibuang kulit dan Kisar kacang sehingga agak2 lumat
2. Kisar bawang merah, bawang putih, serai, halia, belacan & cili boh
3. Tumis bahan yg dikisar tadi (No. 2)
4. Apabila dah pecah minyak, masukkan ayam, garam & gula
5. Apabila ayam sudah masak, masukkan santan
6. Masukkan asam keping
7. Masukkan kacang yg telah di kisar tadi (No. 1)

Sedia untuk dihidang bersama-sama dengan nasi impit =)

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin