Kek Coklat Kukus - Moist


saya guna cawan ini untuk sukatan 1 cawan


Bahan-Bahan:

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair lagi sedap)
½ cawan susu manis
1 ¼ cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur


Cara-cara

1. Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk
dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut.
2. Tutup api biarkan adunan suam Tepung
3. Soda biakrbonat dan baking powder di ayak.
4. Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi
5. Gaul rata dan campur tepung.
6. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik.
(tuang dlm 1/2 acuan je)
7. Tutup acuan dgn aluminium foil agar tidak masuk wap
8. Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejuk kan


Sedia untuk dikukus selama 1 1/2 jam


TOPPING COKLAT dari Noor Masri

Bahan-bahan:

250 g coklat masakan } potong kecil2
1 sudu besar majerin
130 ml double cream atau whipping cream
sket gula halus secukup rasa (supaya topping tu tak pahit sgt) - optional

Cara-cara

1. Cairkan coklat secara double-boiler Alihkan dr api kemudian
2. Masukkan majerin, gula & cream dan kacau sehingga sebati
3. Curahkan atas kek kemudian ratakan
4. Bila dah agak sejuk/beku baru boleh lorekkan dgn garpu secara
melintang dan menegak selang seli.

** ada beberapa cara memasak yang saya tidak ikut tetapi hasil kek mmg amat memuaskan setelah menggunakan resepi ini


Sedia di hidang =)


sila abai topping saya yg comot ini
saya budak baru belajar..huhuhu~

Comments

Post a Comment

Popular Posts