Followers

Wednesday, September 30, 2009

Kerabu Mangga

Mangga ni kuning, tapi masam gilerrr,
sbb tu buat kerabu


Bahan-bahan

Buah Mangga
5 ulas cili api (kalau nak pedas, letaklah lebih)
3 ulas bawang merah
1 sudu udang kering
1 sudu pati santan
sedikit kiub ayam (saya pakai kiub ayam knorr)

** kacang tanah yang dikisar


Cara-cara

1. Hiris buah mangga halus-halus (aci ke sebut diracik2)
2. Hiris halus cili api & bawang merah
3. Udang kering ditumbuk dan ditumis dengan sedikit minyak seketika
4. Campur semua bahan ke dalam 1 bekas (mangga, cili api, bawang merah & udang kering yg ditumis)
5. Masukkan pati santan
6. Masukkan sedikit kiub ayam (untuk mendapatkan perasa masin)
7. Lebih sedap jika ditabur dengan kacang tanah (tp saya tak letak sbb takde stok di rumah)

Sedia untuk dihidang =)



No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin