Followers

Wednesday, October 28, 2009

Bubur Ayam

Kredit resepi : Myresepi.com


Bahan-bahan

-Bubur-
Beras
Halia
Kiub pati ayam
Garam
Air

-Garnish-
Lada merah
Daun bawang & daun sup
Minyak bijan

-Tambahan-
Ikan bilis
Lada jeruk
Telur masin


Cara-cara:

1. Rebus ayam sampai empuk, tos kan air, air rebusan jangan dibuang
2. Masuk beras dalam air rebusan ayam, masuk air sikit2
3. Bila bubur hampir masak, masukkan halia, pati ayam dan garam
4. Akhir sekali, masukkan ayam (yang direbus tadi disiat2), lada merah, daun sup, daun bawang
5. Titis sedikit minyak bijan

Sedia untuk dihidang =)

Cucur Udang

Dicicah dengan sambal sardin


Bahan-bahan

Udang
Tepung gandum
1/2 sdk soda bikarbonat
Garam
Air

Cara-cara

1. Bancuh tepung dengan air, garam dan soda bikarbonat. Gaul sebati
2. Panaskan minyak, masukkan bancuhan tepung & udang ke dalam kuali
3. Goreng sehingga masak

Sedia dihidang =)

Friday, October 23, 2009

Tomyam Campur

kualiti gambar kiok


Bahan-bahan

Perencah tomyam
Ayam/sotong/udang
Kobis bunga
Carrot
Tomato
Cili api
Daun limau purut
Bawang besar
Limau nipis
Air
Garam secukup rasa


Cara-cara :

1. Panaskan periuk berisi air
2. Masukkan pes tomyam
3. Masukkan ayam/udang/sotong
4. Masukkan carrot/kobis bunga
5. Masukkan daun limau purut/bawang besar/cili api
6. Masukkan garam secukup rasa
7. Masukkan limau nipis (utk rasa yg lebih masam)
8. Masukkan tomato

Sedia untuk dihidang =) sedap di makan begitu saja atau dengan nasi panas

**Sbnrnya sy main campak2 je masa buat hari tu, sbb tu entry ni terbengkalai seketika sbb tak tau nak tulis camne..huhuhu~



Bihun Goreng

sedap dimakan dengan keropok keping
(mkn style org terengganu)



Bahan-bahan

1/2 bungkus bihun (rendam dalam air bg bihun lembut)
Ayam/fish ball/ fish cake (dipotong kecil)
Taugeh/sawi
Cili boh
Kicap manis
Sos cili
Minyak masak
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

Cara-cara

1. Panaskan minyak masak
2. Tumis bawang merah & bawang putih
3. Masukkan cili boh
4. Masukkan ayam/fish ball/fish cake
5. Masukkan kicap manis
6. Masukkan sos cili
7. Masukkan bihun sahaja (toskan air rendaman tadi)
8. Masukkan taugeh

* boleh dihidang bersama telur goreng / telur rebus & keropok keping

Sedia untuk dihidang =)

Wednesday, October 14, 2009

Terung Goreng Cili Api


Bahan-bahan

2 batang terung (dipotong kecil)
1 gengam ikan bilis kopek
5 biji cili api (kalau nak pedas, letak lebih)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu sos tiram
sedikit minyak masak

Cara-cara

1. Tumbuk ikan bilis, bawang merah & bawang putih
2. Goreng terung seketika dengan sedikit minyak masak, kemudian angkat
3. Tumis bahan yang ditumbuk dengan minyak menggoreng terung tadi
4. Masukkan sos tiram
5. Masukkan terung

Sedia untuk dihidang =)

Tuesday, October 13, 2009

Sambal Sotong


Bahan-bahan

Sotong Basah
Cili boh
1 bj bawang besar
1 mangkuk air asam jawa
garam, gula secukup rasa
minyak masak

Cara-cara

1. Panaskan minyak
2. Masukkan cili boh, masak sehingga cili betul2 masak dengan api perlahan takut hangus nnt (cili yg masak kelihatan agak pekat dan mengeluarkan minyak)
3. Masukkan sotong
4. Masukkan air asam jawa
5. Masukkan garam & gula secukup rasa
6. Masukkan bawang besar

Sedia untuk dihidang =)

Tuesday, October 6, 2009

Maggie Sup


Bahan-bahan

1 bungkus maggie kari
1 labu bawang besar
1 biji telur
sayur sawi
2 bj cili api
1 bj cili merah
sedikit sos cili
sedikit air
sedikit minyak masak

Cara-cara

1. Panaskan minyak masak dan tumis perencah maggie kari
2. Masukkan air
3. Apabila gelegak, masukkan telur
4. Masukkan sos cili
5. Masukkan maggie
6. Masukkan sayur sawi, cili api, cili merah & bawang besar

Sedia untuk dihidang =)

Sunday, October 4, 2009

Sambal Ikan Bilis

Sedap dimakan bersama ketupat palas ;)


Bahan-bahan

Ikan bilis kopek
Cili boh
Bawang Besar - dihiris
1 mangkuk Air asam jawa
Sedikit minyak masak
Garam - secukup rasa
Gula - secukup rasa


Cara-cara

1. Panaskan minyak masak
2. Masukkan cili boh
3. Masak sehingga cili boh betul2 masak (pekat dan mengeluarkan minyak)
4. Masukkan air asam jawa
5. Masukkan garam & gula
6. Masukkan ikan bilis kopek
7. Masukkan bawang besar

Sedia untuk dihidang =)

Masak Lemak Kobis

Bahan-bahan

Kobis
Bawang besar
Cili merah
Santan Cair
Sedikit air
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Garam - secukup rasa
Gula - secukup rasa


Cara-cara

1. Potong semua bahan (kobis, bawang besar & cili merah)
2. Basuh bahan2 yang dipotong tadi dan satukan ke dalam periuk (seperti gambar di bawah)
3. Masukkan sedikit air

4. Panaskan periuk, biarkan kobis sehingga agak2 masak
5. Masukkan santan cair
6. Masukkan serbuk kunyit
7. Masukkan garam & gula secukup rasa

Sedia untuk dihidang =)

Kari Ayam


Bahan-Bahan

Ayam potong
Rempah kari ayam (dibancuh dengan air)
1 mangkuk santan cair
Ubi kentang
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Garam - Secukup rasa
Gula - Secukup rasa

Cara-cara

1. Tumbuk bawang merah, bawang putih & halia
2. Tumis bahan2 yang ditumbuk tadi
3. Masukkan rempah kari yang sudah siap dibancuh
4. Masukkan ayam
5. Masukkan ubi kentang
6. Masukkan santan cair
7. Masukkan garam & gula secukup rasa
* jika ada daun kari, juga boleh di masukkan bagi menaikan lagi bau masakan ini.

Sedia untuk dihidang =)
Blog Widget by LinkWithin