Followers

Wednesday, December 31, 2014

Ayam Goreng Kunyit



Bahan-bahan
Ayam yang di potong kecil-kecil
Kacang panjang
Carrot
Bawang besar
Cili api
Serbuk kunyit
Garam
Serbuk perasam(terpulang)
Minyak masak

 Cara-cara
1. Cuci ayam dan perapkan dengan serbuk kunyit dan serbuk perasa
2. Panaskan kuali dan letak sedikit minyak sahaja.
3. Setelah minyak panas, masukkan ayam yang diperap tadi.  Ayam tadi akan mengeluarkan air.  Kacau dan tunggu sehingga air lebihan ayam tadi kering
4. Setelah ayam masak dan airnya telah kering, masukkan sedikit minyak masak
5. Masukkan carrot dan kacang panjang
6. Masukkan bawang besar
7. Masukkan garam secukup rasa dan gaul sebati

Sedia dihidang =)

Saturday, December 27, 2014

Nasi Goreng Udang

Bahan-bahan
Beberapa ekor udang (terpulang)
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
15 biji cili api (terpulang)
Sayur sawi
1 sudu sos tiram
1 kuib ikan bilis
2 biji telur
Nasi Putih

 Cara-cara
1. Kisar cili api, bawang putih & bawang merah
2. Tumis bahan yang dikisar tadi
3. Masukkan batang sawi, kemudian sawi, gaulkan
4. Masukkan sos tiram & kiub ikan bilis, gaulkan
5. Masukkan nasi putih, gaul sebati
6. Pecahkan telur, biar seketika bagi telur masak sedikit
7. Gaul sebati semuanya

 Sedia dihidang =)

Tuesday, September 2, 2014

Masak Lemak Kuning Telur Ayam

Bahan-bahan

Telur Ayam
Bawang Putih
Bawang Merah
Kunyit hidup (kalau ada)
Cili Api
Serai
Cili Merah
Serbuk kunyit
Garam
Gula
Minyak Masak
Santan
Air

Cara-cara

  1. Kisar bawang putih, bawah merah dan kunyit hidup
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan² yang dikisar tadi
  3. Setelah garing dan naik bau, masukkan santan sambil dikacau perlahan-lahan
  4. Masukkan serai dan tambahkan sedikit air
  5. Masukkan garam gula secukup rasa
  6. Apabila kuah mula gelegak, masukkan telur ayam satu persatu
  7. Masukkan cili merah sebagai hiasan
Sedia untuk dihidang =)

Sunday, August 31, 2014

Spaghetti Cabonara

Kredit Resepi: Ieda Bumelo

Bahan-bahan
1 paket spagheti
1 kotak kecil whipping cream
5 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 ketul stok ayam knorr
1 cawan susu UHT
Cendawan tiram
Cendawan tin (dihiris halus)
Sosej
Sedikit minyak masak
Cara-cara
1. Kisar bawang putih dan bawang besar dan tumis ke dalam minyak panas.  Tunggu sehingga naik bau
2. Kisar cendawan tiram dan tuang ke dalam bahan yg ditumis tadi
3. Masukkan whipping cream
4. Masukkan cendawan dan sosej yang telah dihiris halus
5. Masukkan stok ayam knor
6. Masukkan susu UHT
7. Kacau dan tunggu sehingga kepekatanan kuah sesuai dgn jiwa.  Aku suke mkn kuah byk.
Rebus spagetti dan tuang kuah ke atasnya.

Sedia untuk dihidang =)
Blog Widget by LinkWithin