Nasi Ayam

Bahan & Cara-cara memasak

::Nasi::

Beras
1/2 ekor ayam
Halia
Serbuk lada hitam (lada hitam yg ditumbuk juga boleh)
Serbuk Kunyit

1. Rebus ayam bersama-sama dengan serbuk lada hitam & halia
2. Basuh beras secara berasingan
3. Setelah ayam yang direbus masak, air rebusan dituang ke dalam periuk yang berisi beras tadi, tinggalkan sedikit air rebusan untuk menu sup
4. Masukkan sedikit serbuk kunyit ke dalam periuk nasi (bagi mendapatkan warna kekuningan)
5. Masukkan sedikit garam
6. Sekiranya air rebusan tidak mencukupi



::Ayam::

Kicap
Sedikit madu (optional)

1. Perap ayam yang direbus tadi dengan kicap & sedikit madu
2. Ayam digoreng seperti biasa



::Sup:: (tiada gambar)

2 Ulas bawang merah
2 Ulas bawang putih
1 pek Sup Bunjut
2 biji Ubi Kentang

1. Tumis bawang merah & bawang putih
2. Masukkan lebihan air rebusan ayam tadi, tambah air jika perlu
3. Masukkan sup bunjut
4. Masukkan ubi kentang
5. Masukkan garam secukup rasa


::Sos::

Cili merah
Bawang putih
Gula

1. Kisar cili merah bersama-sama dengan bawang putih & sedikit gula
2. Masak cili yang dikisar tadi dengan api perlahan kerana ia cepat gelegak dan melimpah
3. Masak sehingga agak-agak likat



Sedia dihidang =)

Nasi boleh dihidang bersama-sama tomato & salad

Comments

Post a Comment

Popular Posts